MCDONALD’S PERTAMA DI MALAYSIA

 Assalamualaikum dan Salam SayangPada awal tahun 1980-an, McDonald’s, satu jenama rangkaian restoran makanan segera terkemuka dunia, masih begitu asing kepada rakyat tempatan tetapi kini  hampir ada di mana-mana.
Lebih dikenali sebagai restoran khidmat segera (QSR), McDonald’s terus berkembang, sekali gus membuktikan kemampuannya meningkatkan pasarannya ketika pengendali lain sama ada dari luar atau dalam, gagal mempertahankan kedudukan mereka dalam pasaran.

Restoran makanan segera yang terkenal di seluruh dunia, McDonald’s, telah membuka cawangannya yang pertama di Malaysia pada 1982. Restoran yang beralamat di lot 120-120A, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur itu diuruskan oleh Golden Arches Restaurants Sdn Bhd.