UNIFI VS Maxis Home Fiber


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Mana best,mana laju..antara soalan yang biasa ditanya Saya pernah menjadi pelanggan UNIFI dan sekarang ni pengguna MAXIS HOME FIBER. Sebenarnya saya ni pengguna tegar Internet..Boleh dikatakan menghabiskan sebahagian besar masa dengan Internet..Bak kata orang hidup tak lengkap tanpa Internet…kununnya lah.


Saya pengguna Telekom Malaysia (TM) sejak zaman dial up lagi. Masa tu dipanggil TM NET dan satu lagi JARING.Kelajuan yang ditawarkan sekitar 14.4 kbps sehingga 28.8 kbps. Mana yang agak berada atau kluster kayangan boleh lah langgan pakej 56kbps. Sebelum dihubungkan dengan Internet kita kena buat sambungan secara manual seperti gambar di atas dengan memasukkan user name dan password secara manual. Nanti berlakunya proses yang dinamakan ‘dial up’ untuk dihubungkan dengan Internet..Semasa ‘dial up’ tu keluar bunyi yang agak unik

 MANA BAGUS
       Cukuplah merepek pasal zaman dulu..Ni nak cerita mengenai UNIFI.Lama juga saya guna UNIFI ni setelah upgrade daripada STREAMYX. UNIFI ialah perkhidmatan yang ditawarkan oleh TM.Segala infrastruktur disediakan oleh TM. Manakala MAXIS FIBER pula menumpang infrastruktur TM. Jadi jangan terkejut kalau semasa mula-mula untuk pemasangan ,juruteknik TM akan datang.TM akan buat pemasangan Broadband Termination Unit (BTU)


Selepas itu, barulah juruteknik MAXIS akan membuat pemasangan router dan telefon.

          Melalui pengalaman apa yang membezakan antara UNIFI dan MAXIS ni ialah pakej dan harga yang ditawarkan. Bagi saya MAXIS menawarkan pakej yang lebih murah berbanding UNIFI. Daripada segi prestasi saya merasakan tidak banyak perbezaan. Paling penting ialah teknikal support yang disediakan. Masa memula dahulu saya dapat merasakan teknikal support MAXIS memang bermasalah.Panggilan lambat atau tidak dijawab menjadi perkara biasa. Bahkan kita selalu ditinggalkan dengan lagu-lagu dan iklan yang tidak kita minati..haa..haa. TAPI itu DULU..sekarang jauh lebih baik.Pengguna tidak akan dibiarkan terlalu lama berada dalam keadaan begitu – ‘kosong’ tanpa internet. Jika anda buat panggilan kepada Maxis, dan ia berpunca dari masalah tetapan pelayar web atau tetapan peranti, anda akan dibantu sehingga berjaya melayari semula.
            Secara keseluruhannya memang jaranglah ada masalah dengan sambungan Internet oleh kedua-duanya.Saya menggunakan UNIFI selama hampir 3 tahun sebelum beralih kepada MAXIS FIBER sekarang (dah hampir 2 tahun) hanya 2 kali je mengalami gangguan..Tu pun dapat diselesaikan dalam masa yang cepat.Akhir sekali sebab utama saya memilih untuk bertukar kepada MAXIS ialah pakej dan harganya ..Sekian jumpa lagi