Medan Selera Ikan Bakar Kg. Telok, Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan

 Assalamualaikum dan Salam Sayang,

Kali pertama nak kongsi dengan anda semua pasal makanan.Satu tempat makan di Port Dickson. Lokasinya terletak di Kg Telok, Pasir Panjang. Memang dah lama nak cari tempat makan ikan bakar sebab keluarga semua teringin nak “pekena” ikan bakar. Anak² cadangkan semua ke Umbai, Melaka tetapi pernah ke sana..Cancel

Sembang dengan kawan² di sekolah..ada yang kata pernah pergi makan di Pasir Panjang,Port Dickson..Wah dekat kampung ni..boleh cuba.. Lagi pun Masjid Tanah dengan Pasir Panjang ni tak jauh dalam 25 minit je..Jadi minggu lepas, lebih kurang dalam pukul 6 petang mula gerak 

Gerai No.4

Ada tiga medan selera di situ..Kami memilih medan selera yang no 2.. Dalam tu ada lebih kurang 6 gerai..kalau tak silap..Kami pilih gerai no.4

Mangsa

Sementara menunggu pesanan, jenjalan dulu menikmati panorama dan pemandangan Selat Melaka pada remang petang




Pada petang itu kami mencuba Gerai No. 4,  memesan 1 ekor ikan Siakap bakar bersambal, Sotong Goreng Tepung , Sayur Kangkung Belacan , Udang masak merah, Air tembikai. Semuanya termasuk nasi putih dan 1 nasi goreng kampung. Pada aku harganya sangat murah, jadi kepada anda yang ingin mencuba aku rasa agak berbaloi kerana rasanya juga enak. Makan time