Kelas Online

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah syukur setelah lebih tiga bulan,akhir akh sekolah akan dibuka semula pada 24 Jun 2020. Alhamdulillah..
Sepanjang tempoh itu, pelbagai cara atau medium yang telah digunakan oleh para pendidik untuk menyampaikan ilmu kepada para pelajar. Guru-guru yang nak pencen, yang tak minat teknologi, yang buta IT nak tak nak terpaksa akur dengan kemajuan teknologi.

Tapi bagi saya, secanggih mana pun teknologi tetapi masih ada beberapa perkara yang tidak dapat menyamai kaedah tradisional. Memang betul teknologi banyak memudahkan banyak perkara. Tapi mengajar secara atas talian ini tiada kepuasan untuk diri saya.
Bukan semua pelajar mempunyai kemudahan seperti laptop, komputer atau telefon pintar. Kemudian masalah capaian Internet, kemahiran sedia ada guru-guru dan pelajar merupakan halangan.
Kepuasan sebenar ialah apabila kita dapat menyantuni setiap pelajar kita. Dapat bertentang mata dan bersua muka untuk bertanya masalah mereka dan ‘membelai’ mereka. Bagi saya itu lah kepuasan sebenarnya