Dah Boleh Main Badminton

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
 Alhamdulillah,tamat sudah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Setelah hampir tiga bulan pergerakan terbatas akhirnya pada 10 Jun 2020 PKPB digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Sejurus dengan itu lebih banyak aktiviti telah dibenarkan termasuk bermain badminton mulai 25 Jun 2020…Yahooooo..

Badminton merupakan aktiviti wajib, tiga kali seminggu pada setiap petang. Tak pandai mana pun… pukul pun kekadang tak kena..hee..hee. Main pun sekadar suka-suka untuk keluarkan peluh. Dan yang paling penting dapat jumpa dan bertanyakan khabar teman-teman.Nak berkebun,tanah tak ada…itu je le aktiviti mengeluarkan peluh.

           Bukan apa ,yang teruja sangat  nak main ialah nak test kasut dengan raket baharu. Belum sempat test kerajaan dah isytihar PKP..Geram campur sedih masa tu..haa.Harap skil tak berkarat dan masih ada stamina. Al maklumlah dah dekat tiga bulan asyik makan tido aja


       Minat terhadap badminton memang dah lama. Selain bermain badminton,saya juga terlibat sebagai pegawai teknikal.Antara kejohanan yang pernah saya terlibat ialah SUKMA Melaka 2010, Kejohanan Badminton Remaja Asia 2007, Malaysia Open 2010

Malaysia Open 2010