Baju kemejalah Pulak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Setelah sekian lama sejak cuti Perintah Kawalan Pergerakan,akhirnya pada hari ini 16 Jun 2020 dapat berkemeja semula…haaa..haaaa.. Dah tiga bulan lebih asyik pakai t-shirt je…hari ni formal lah pulak.

Jadi hari ni moh le kita ke PPD untuk dengar taklimat pracouncil dialog prestasi 3 (DTP) Macam biasalah selepas dengar takilmat mestilah kena buat kerja.Begitulah kehidupan sebagai seorang guru data..Mulai hari ini dah mula kena kumpulkan maklumat yang diperlukan dan key in dalam sistem.Data-data ini akan digunakan oleh pengetua untuk dibentangkan kepada PPD.

Apa datanya??Biasalah data-data seperti bilangan murid, peratus kedatangan, peratus kelulusan murid, bilangan layak dapat sijil SPM dan banyak lagi lah..Ni semua nak kena jumpa rakan -rakan penyelaras untuk dapatkan data.Tapi itulah tanggungjawab, dalam apa cara sekali pun mesti ditunaikan

Taklimat dalam norma baharu..Segala SOP mesti dipatuhi..Kalau tak silap mesyuarat macam ni tidak boleh lebih 10 peserta..Ok jumpa lagi