Akibat Parkir Sesuka Hati

google

Assalamualaikum dan Salam Sayang

Ini saat menakjubkan bagi seorang datuk bandar yang marah, apabila dia memandu sebuah kereta perisai untuk menggelek sebuah kereta Mercedes kelas S yang dipakir di laluan basikal.

Dia bertindak drastik selepas berang dengan pemandu yang meletakkan kereta mewah mereka sesuka hati di sekitar bandar raya Vilnus, ibu negara Lithuania.

Dia mengambil pendekatan itu untuk memerangi kereta yang diparkir secara haram dengan memusnahkannya dengan menggunakan kereta perisai tentera buatan Russia.

“Saya mahu memberi mesej kepada mereka yang memiliki kereta besar dan mahal bahawa mereka tidak boleh parkir sesuka hati dan tidak mengendahkan hak pejalan kaki atau penunggang basikal.

“Perbuatan mereka menunjukkan mereka tidak menghormati orang lain dan ia tidak boleh dibiarkan. “Saya berpendapat ini cara untuk menarik perhatian bahawa bandar ini berhasrat untuk menjadi proaktif dalam memerangi mereka yang meletakkan kereta sesuka hati.” Pemilik Mercedes itu dirakam keluar dari sebuah kedai dan mendapati keretanya dimusnahkan oleh seorang pemimpin awam yang berpakaian kemas.

Dia kemudian dilihat bersalam dengannya dan memberitahunya supaya tidak meletakkan keretanya sesuka hati sebelum datuk bandar itu menunggang basikal meninggalkan tempat berkenaan selepas menyapu serpihan kaca. Kenderaan itu kemudian ditarik dan dimusnahkan.

Kejadian itu sebenarnya dirancang oleh beliau untuk menunjukkan betapa seriusnya dia dalam memerangi arkir haram.